Tips Pemilihan Bateri Kereta dan Cara Tukar Bateri Kereta

Terlalu banyak jenis bateri kereta sehingga anda tidak tahu untuk beli yang mana satu? Selepas beli bagaimana pula cara tukar bateri kereta? 

Jangan risau! Dalam artikel kali ini kami akan membantu anda untuk menjawab persoalan-persoalan yang bermain di fikiran anda. Jadi, teruskan membaca sehingga penghujungnya, kami pasti anda akan mendapat manfaatnya.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis dan jenama untuk bateri kereta. Jadi, apabila kita hendak tukar bateri kereta yang baru, anda sepatutnya melakukan sedikit penyelidikan berkaitan tentang latar belakang dan juga tahap kesesuaian bateri terhadap kereta anda.

Untuk itu, kami menyarankan anda meneliti perkara-perkara yang menjadi keutamaan di dalam pemilihan bateri kereta. Antaranya adalah ialah, saiz bateri, jenis terminal dan “Amp Hour” atau kapasiti yang sesuai mengikut keperluan kenderaan anda.

Sebenarnya, pemilihan saiz bateri yang sesuai memainkan peranan yang sangat penting. Tidak semua kereta mempunyai saiz bateri yang sama. Contohnya bateri kereta Perodua Kancil adalah semestinya lebih kecil berbanding dengan Toyota Vellfire.  

Jadi, cuba anda bayangkan jika bateri kereta Toyota Vellfire di masukkan ke dalam kereta kancil, apakah yang akan berlaku? Sudah tentu bateri itu tidak padan  dengan dulang bateri dan   melebihi kapasiti yang diperlukan. 

Sebenarnya, jika bateri itu terlebih “Amp Hour” atau kapasiti, ia tidak akan merosakkan kenderaan anda. Namun begitu, bateri yang lebih besar akan menyebabkan bateri tidak muat untuk ditempatkan didalam tapak bateri yang telah disediakan oleh pihak pengilang kenderaan yang mana akan menyebabkan kondisi bateri tersebut tidak kemas dan boleh menyebabkan kerosakan kepada bateri lebih cepat akibat daripada bergoyang dan pelanggaran dengan komponen lain sewaktu kenderaan sedang bergerak. Sekiranya baterinya lebih besar dan berat akan membuatkan sesebuah kereta menjadi lebih berat dan tidak mampu untuk  mencapai kelajuan maksimumnya.

Jenis bateri kereta terbahagi kepada dua kelas utama iaitu:

  1. Perlu Penyelenggaraan (Non-Maintenance Free (NMF))

Juga dikenali sebagai bateri basah ataupun sel basah. Merupakan sejenis bateri yang menggunakan air bateri untuk mendapatkan kuasa. Pada kebiasaannya, bateri ini mempunyai jangka hayat sehingga dua tahun. Namun, jika anda menjaganya dengan betul dan rapi, bateri ini mampu bertahan sehingga tiga tahun. 

Ramai yang bertanya, bilakah perlu untuk mengisi semula air bateri ini? Sebenarnya ini bergantung kepada kekerapan anda menggunakan kereta anda. Sekiranya anda menggunakan kereta anda setiap hari, adalah perlu untuk anda memeriksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Namun, jika anda jarang menggunakannya, kami sarankan untuk anda memeriksa setiap dua minggu sekali. Jangan lupa untuk menambah air bateri sehingga menepati paras yang ada pada badan bateri itu. Dan yang paling penting, air bateri tidak boleh kurang ataupun lebih dari paras yang telah ditetapkan.

  1. Bebas Penyelenggaraan (Maintenance Free (MF) / Sealed Maintenance Free (SMF))

Bateri bebas penyelenggaraan atau lebih dikenali sebagai bateri kering ataupun sel kering tidak memerlukan sebarang penjagaan sama seperti namanya. Anda tidak perlu untuk menambah air bateri seperti bateri basah atau memeriksa paras air bateri kerana itu ialah bateri kering.

Anda hanya perlu sehingga bateri kong atau rosak barulah anda perlu tukar kepada bateri kereta yang baharu. Untuk jangka hayat pula, pada kebiasaannya bateri kereta kering ini adalah setahun ke dua tahun bergantung kepada kekerapan penggunaannya.

Kepada yang sentiasa sibuk dan terkejar kesana dan kesini, kami mencadangkan anda untuk menggunakan bateri kering. Sudah menjadi lumrah, setiap kelebihan semestinya datang dengan harga yang lebih mahal jika dibandingkan dengan bateri basah.  Tapi kalau tanya kami, anggaplah bayaran lebih ini sebagai pelaburan anda kerana ianya jauh lebih menyenangkan berbanding dengan bateri basah. Seterusnya, kami akan memberi panduan cara yang betul untuk tukar bateri kereta yang baru. “Alah, senang je tu.” Ha, ia memang kelihatan mudah. Akan tetapi, jaga-jaga, kalau anda tersilap cara, ia akan mengakibatkan litar pintas yang boleh menyebabkan kerosakan kepada  ecm/ecu kereta rosak. Lagi lah banyak nak kena keluar modal kalau keadaan ini terjadi. Anda boleh mula dengan membuka cable clamp di terminal negatif bateri terlebih dahaulu. Jika anda tidak tahu, terminal negatif adalah kabel yang berwarna hitam yang bersambung pada bateri. 

Seterusnya, buka cable clamp di terminal positif bateri. Kemudian, bersihkan cable clamp daripada kotoran-kotoran atau habuk yang melekat padanya. Untuk memudahkan kerja pembersihan , anda boleh menggunakan berus dawai.

Selepas itu, barulah anda membuka bateri holder untuk menggantikan bateri lama dengan bateri baru.

Untuk kerja pemasangan kabel, anda perlu memulakan dengan kabel di terminal positif terlebih dahulu sebelum memasang di terminal negatif. Sekiranya anda melihat percikan api kecil ketika anda memasang kabel, jangan risau, itu adalah perkara normal. 

Apa yang paling penting ialah pastikan wayar clamp itu ketat dan dipasang dengan rapi. Setelah itu barulah pasang semula bateri holder. Sangat mudah! Sudah tentunya jika bateri kereta kong dan anda perlukan penukaran segera, anda boleh terus pergi ke Bateriku.com untuk mendapatkan servis penukaran bateri kereta dengan pantas dan pada harga yang berpatutan.

Bateri Kereta NAK Kong? Ketahui 5 tanda-tanda utama WAJIB yang perlu anda tahu

Bolehkah anda bayangkan saat anda sedang kelam kabut untuk bergerak ke tempat kerja, tiba-tiba enjin kereta tidak boleh dihidupkan? Rupa-rupanya bateri kereta sudah habis, atau dalam perkataan lainnya, bateri kereta kong! Pasti anda akan berasa sangat panik dan tertekan, bukan? 

Jadi, anda seharusnya membuat persediaan untuk menghadapi waktu-waktu kecemasan sebegini. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mesti anda tertanya-tanya apakah tanda yang menunjukkan bateri kereta akan kong?

Dalam post kali ini, kami akan memberitahu 5  tanda-tanda awal bateri kong  supaya anda boleh bersedia dan melakukan perkara yang sepatutnya dengan lebih awal. Jadi, pastikan anda terus  membaca!

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat dua jenis bateri kereta iaitu bateri basah dan bateri kering. Kedua-duanya mempunyai jangka hayat yang sama iaitu dalam tempoh setahun ke dua tahun. Dan jika anda bernasib baik, bateri itu boleh digunakan sehingga tiga tahun!

Jadi, apakah perbezaan kedua-dua jenis bateri ini? Bezanya adalah bateri basah lebih murah berbanding bateri kering. Akan tetapi, bateri basah memerlukan penjagaan yang rapi. Jika anda kerap menggunakan kereta, anda disarankan untuk memeriksanya setiap hari.

Manakala, walaupun bateri kering sedikit mahal harganya, ianya tidak memerlukan sebarang penjagaan langsung. Selepas pasang, anda hanya perlu tunggu ia memberi tanda hendak kong, barulah anda perlu menukarkannya kepada yang baru.

Sekiranya anda bukan seorang yang rajin untuk melakukan pemeriksaan setiap hari, kami sarankan anda untuk memakai bateri kering. Di bawah kami senaraikan 5 tanda bateri kereta kong:-

  1. Kereta susah untuk dihidupkan (start)

Pada kebiasaannya, enjin kereta hanya memerlukan 3-5 saat sahaja untuk dihidupkan di pagi hari. Akan tetapi, jika ia hampir kong, atau rosak, ia memakan masa lebih sedikit sehingga 7-8 saat dimana anda perlu membuat ‘cranking’ beberapa kali sebelum enjin dapat dihidupkan

Ha, kalau hendak tahu, Ini sebenarnya hint yang paling jelas bahawa bateri anda semakin lemah. Sudah tiba masanya untuk anda menggantikannya. 

Tapi, ada sesetengah orang tidak mengendahkannya langsung. Kesannya, ramai orang mulai panik dan kelam kabut di pagi hari lebih-lebih lagi jika mereka terlewat untuk ke mesyuarat penting.

  1. Lampu kereta malap

Pernahkah anda membawa kereta di malam hari dan tiba-tiba anda rasa lampu kereta  anda sudah malap? Sekiranya ya, anda sudah boleh menukarkan bateri kereta anda. Kerana itu adalah petanda bahawa bateri anda sudah tidak mampu lagi untuk membekalkan tenaga kepada lampu tersebut.

Tetapi, bagi pemilik kenderaan yang duduk di bandar, isyarat ini amat susah untuk diperhatikan kerana suasananya yang terang akan membataskan pemerhatian anda.

  1. Lampu amaran timbul

Di hospital, sekiranya seseorang pesakit itu sudah berada dalam keadaan kritikal, penggera kecemasan akan berbunyi untuk memberitahu kepada doktor. 

Hal ini sama seperti kereta apabila lampu amaran akan timbul jika bateri berada di tahap kritikal akibat tidak mampu menyimpan caj, atau bateri tidak dicaj dengan baik. Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa anda perlu melakukan ‘pembedahan’ bagi menggantikan bateri untuk menyelamatkan ‘nyawa’ kereta anda. 

  1. Bau busuk keluar daripada bateri

Jika bateri tidak di selenggara dengan baik, ia akan mengakibatkan berlaku litar pintas kepada bateri anda. Hal ini menyebabkan kebocoran asid sulfurik dan akan melepaskan gas yang berbau busuk seperti bau telur busuk.

Jadi, selepas ini, jika anda bau telur busuk dalam kereta, jangan terus memarahi anak kecil anda sebaliknya terus buka tingkap untuk menolak bau itu keluar. Jika masih berbau juga, pastikan anda memeriksa bateri anda secepat mungkin untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

  1. Kotak bateri membengkak

Pernahkah anda melihat kotak bateri membengkak? Ha, jika anda pernah melihat keadaan ini, pasti anda sudah pun menukar kepada bateri yang baharu. Kotak bateri boleh membengkak sekiranya ia terdedah kepada suhu yang sangat panas.

Walaupun masih boleh dihidupkan, anda perlulah segera untuk menukarnya kerana bateri anda sudah pun rosak dan jangka hayat sudah tidak lama lagi.

Sangat mudah sebenarnya untuk mengetahui tanda-tanda bateri kereta hampir kong. Cuma kita perlulah lebih peka dan sensitif untuk memerhatikan simptom-simptom ini.

Jika kita bersikap sambil lewa, bukan hanya bateri sahaja rosak, bahkan kompenan-kompenan lain turut akan terkesan juga.Sudah tentunya jika bateri kereta kong dan anda perlukan penukaran segera, anda boleh terus pergi ke Bateriku.com untuk mendapatkan servis penukaran bateri kereta dengan pantas dan pada harga yang berpatutan.

Berhati-hati Bila Enjin Kereta Mati Dan Kita Bersendirian

Assalamualaikum..

Dugaan di tahun baru 2019. Semalam masa Murni balik kerja, Murni singgah stesen minyak sekejap. Tiba-tiba Murni teringin nak minum Nescafe sejuk dan nak beli barang peribadi tapi malas nak singgah kedai. Alang-alang lalu kat stesen minyak dekat dengan tempat kerja ni singgah beli saja lah kat sini. Murni dah matikan enjin kereta baru teringat nak call pengasuh bagitahu harini lambat sikit ambil anak. Panas pula cuaca hari ni. Murni start semula enjin kereta nak on aircond sebab panas, tiba2 argh sudah. Enjin tak hidup pula! Murni dah cuba banyak kali tapi tak boleh hu hu hu.

Murni panik laa duk pikir macam mana nak balik ni. Nak call encik suami supaya datang pon dia kerja jauh. Murni kerja di Georgetown manakala encik suami pula kerja di Bayan Lepas. Haritu Murni balik kerja awal pukul 4 petang.

Macam mana ni? Murni tak ada choice terpaksa juga call encik suami kalau-kalau dia boleh tolong. Tapi betul sangkaan Murni encik suami tak boleh datang. Kalau dia datang pon lambat dalam pukul 6 petang. Alamak, takkan nak tunggu sini sampai 2 jam. Dah laa anak-anak nak balik sekolah pukul 6.30 petang.

Dalam kepala otak ni asyik duk hitung waktu saja. Mujur laa Zulaikha duk dengan pengasuh. Terus call pengasuh cakap Murni ambik Zulaikha lambat sikit sebab kereta rosak.

Encik suami pula minta Murni duduk dalam stesen minyak tu. Sejuk sikit katanya. Selamat pon selamat. Dia akan tolong hubungi bateriku.com, bateri kong rasanya.

Bertambah seram pula bila encik suami kata macam tu. Dah la pertama kali jadi macam ni masa Murni seorang diri. Teringat kes penipuan famous pasal kereta ni. Sabar dan tawakal jer la masa ni sementara tunggu bantuan tiba.

Murni pun rasa bateri kereta ni dah kong sebab dah dekat 2 tahun tak tukar bateri. Patut laa pagi tadi masa nak start enjin agak susah dan masa Murni start tiba-tiba radio off sendiri dan alarm berbunyi sekejap. Tapi lepas tu dia hidup balik. Mujur laa Murni tak berhenti isi minyak pagi tadi. Kalau tak naya juga la. Mesti terpaksa datang kerja lambat atau ambil “emergency leave” haritu.

Encik suami call katanya bateriku.com akan datang lagi sejam. Ada banyak masa ni. Baru teringat nak cari barang tadi. Sambil memilih barang, otak sibuk juga fikir itu ini, tangan sempat lagi google pasal kereta tak boleh hidup.

Kereta tak boleh hidup ni mungkin disebabkan:-

1. Bateri kereta kong
2. Alternator
3. Starter

Mekanik Bateriku.com datang tepat pada masanya. Perkara pertama mereka buat adalah periksa keadaan bateri kereta. Memang betul bateri kereta Murni dah kong. Rupanya encik suami dah deal semua bateri kereta Murni. Jadi mereka hanya tukar bateri sahaja. Kebetulan pulak Murni tak ada duit cash masa tu. Mujur Encik suami dah bayar menggunakan payment gateway Bateriku.com.

Alhamdulillah, dalam masa lebih kurang 20 minit semuanya selesai. Bateri yang lama mereka ambil dan kereta dah boleh hidup semula. Sangat menjimatkan masa dan memudahkan urusan. Cepatlah sampai rumah pengasuh. Rindu dah Murni pada Zukaikha. Balik nak gomol Zulaikha, nak masak dan banyaknya kerja!

Murni puas hati dengan perkhidmatan Bateriku.com. Staff dia meyakinkan dan tak ada nak ketuk-ketuk minta tukar benda lain. Haa ni Murni share nombor telefon Bateriku.com

1300-22-2324 (Toll Free)

Atau muat naik applikasi Bateriku.com di Google Play untuk android dan App Store untuk IOS ya  …FREE ajer..

Sumber: http://www.murnialysa.com

What should a *woman* do if she finds herself alone

1. What should a woman do if she finds herself alone in the company of a strange male as she prepares to enter a lift in a high rise apartment late at night?

Experts say: Enter the lift.  If you need to reach the 13th floor, press all the buttons up to your destination.  No one will dare attack you in a lift that stops on every floor.

2. What to do if a stranger tries to attack you when you are alone in your house, run into the kitchen?

Experts say: You already know where the *chili powder and turmeric* are kept and where the knives and plates are. All these can be turned into deadly weapons.  If nothing else, start throwing plates and utensils all over.  Let them break.  Scream…

Remember that noise is the greatest enemy of a molester.  He does not want to be caught.

3. Taking a Taxi at Night.

Experts say: Before getting into a taxi at night, note down its registration number.  Then use the mobile phone to call your family or friend and pass on the details to them in the language the driver understands.  Even if no one answers your call, pretend you are in a conversation.  The driver now knows someone has his details and he will be in serious trouble if anything goes wrong.  He is now bound to take you home safe and sound.  A potential attacker is now your de facto protector.

4. What if the driver turns into a street he is not supposed too and you feel you are entering a danger zone?

Experts say: Use the handle of your purse or your stole (scarf ) to wrap around his neck and pull him back. Within seconds, he will feel choked and helpless. In case you don’t have a purse or stole just pull him back by his collar.  The top button of his shirt would then do the same trick.

5. If you are stalked at night?

Expert say: Enter a shop or a house and explain your predicament. If it is night and shops are not open, go inside an ATM box.  ATM centers always have close circuit television. Fearing identification, no one will dare attack you.

After all, being mentally alert is the greatest weapon you can ever have.

Please spread it to ALL THOSE WOMEN YOU KNOW and spread awareness as this is the least we can do for a social and moral cause and for the safety of our women.

Guys please forward it to your MOMS, SISTERS, WIVES and female FRIENDS. Please also forward to all GIRLS you know.

Avoiding Lateness

Keep Your Lateness in Check with Bateriku.com

When your car suddenly decided to give up on you, Bateriku is here to get you in check.

Life can be crazy at times especially for someone like me who is always on the run. There are so many places to go to and things to get done along with personal errands to be taken care of. I am one who is always fashionably late for everything. Well I have to admit that it is a personal issue that I have to work on but I do wished that I can at least be slightly early so that I don’t miss the cake cutting on my friend’s birthday or the fashion debut of my designer friends.

So I am always rushing. It is either because I spent too long decided on an outfit because everything makes me look fat (yes I gained a few pounds) or I decided to rearrange my accessories drawer when I was already 30 minutes late because I have a little bit of OCD. Put yourself in my shoes and add your car suddenly decided to give up on you. Well let’s just say it is battery problem.

What do you do and who do you call? Bateriku.com obviously!

Bateriku.com provides free check-up at any location across Klang Valley and you only pay for your battery price. In case the problem is not your battery, Bateriku would not be charging you even a single cent for their service. Instead, all you have to do is just leaving them your review or comment via Facebook, Instagram, Twitter or Google map. On top of that, Bateriku.com provides online warranty record for all of their customers and schedule out free check up to all of its existing customers on the 15th. month from the date of purchase.

Lateness is your greatness? Bateriku.com is here to get it in check.

Bateriku.com
Toll Free: 1 – 300 – 22 – 2324
Whatsapp/ Call/ SMS/ Wechat: 012-938 8621 | 011-5675 6728 | 011-5675 6729
Download App @ GooglePlay and AppStore

Tips Penjagaan Bateri Yang Betul Dari Bateriku.Com

Sakit hati tau bila lelaki asyik kata perempuan bukan tau tentang kereta, nak baiki kereta apatah lagi.. Bukan tak tau tapi saja ja tak nak ambil tau sebab kalau perempuan tahu semua, buat apa ada orang lelaki di sebelah. Kitaorang just nak bagi korang jadi lebih gagah dan perkasa jer.. kahkah. Okaylah mommy mengaku bab-bab kereta ni memang mommy tak tahu sangat sebab semuanya di buat oleh encik suami.

Tapi kalau bab nak dapatkan pertolongan sebab kereta tak boleh start atau tak hidup mommy tahu kat mana nak dapatkan pertolongan yang cepat walaupun di mana sahaja kereta mommy tersadai. Sebab itulah mommy kata tadi, kalau bab kereta jangan pandang wanita sebelah mata. Nak di jadikan cerita petang semalam sebelum baik kerja, tiba-tiba kereta mommy tidak boleh start. Dua tiga kali cuba masih tak boleh juga. Nak call encik suami, encik suami dalam line pula dan phone tak boleh nak get thru. Kalau dapat pun bukan dia boleh keluar la la tu jugak. Dalam dok fikir-fikir tu tetiba teringat tentang Bateriku.Com yang menawarkan perkhidmatan jika kereta tidak boleh start di seluruh Semenanjung Malaysia.Jadi, mommy pun cubalah call depa di 1-300-22-2324. Sekali call saja dah ada yang jawab. pantas betul customer service Bateriku.Com. Dah dapat, mommy pun ceritalah masalah mommy kepada customer service tu. Dia inform ada agen mereka yang berdekatan dengan tempat kerja mommy dan akan sampai dalam masa 30 minit. Fuhhh lega rasanya.

Check punya check (propa lebih ni), rupanya ayaq bateri dah takdak. kahkah… Terlupa pulak bateri yang tukar tahun lepas guna bateri basah bukan bateri kering. Aduhhhh… Buat malu ja kat adik bateriku.com tu. Sorrylah adik.. Akak tak terfikir tadi yang kereta tak boleh start sebab air bateri kering. Bagusnya adik ni sebab bagi mommy tips untuk menjaga bateri kereta sambil tolong mommy yang comel ni top up air bateri. hihi

Tips Penjagaan Bateri Yang Betul Dari Bateriku.Com

Disebabkan mommy dapatkan tips ini secara percuma maka mommy pun kongsi dengan korang. Sharing is caring. gitewww!

1. Kedudukan Bateri Dalam Kereta

Seperti yang kita tahu, semua bateri kenderaan mempunyai kotak plastik yang tahan lasak dengan dua sambungan terminal iaitu positif dan negatif. Bahagian terminal ini biasanya di buat dari plumbum ataupun tembaga. Untuk bateri kereta, ianya di ikat dengan skru agar kedudukannya stabil ketika kenderaan bergerak dan tidak mudah tercabut.

Jadi, apabila ingin menanggal dan memasangkannya, pastikan ia di bersih terlebih dahulu serta pastikan kedudukan terminal positif dan negatif berada di kedudukan yang betul. Setelah semuanya betul, barulah pasang semula skru dan start enjin kereta.

2. Periksa Aras Air Bateri Setiap 2 Atau 3 Bulan Sekali

Okayyy yang ni yang mommy terlupa buat. Yelah dok ingatkan guna bateri kering yang maintenance free. Sekali guna yang bateri basah. So, air bateri perlu tambah dari masa ke semasa. Kegagalan memeriksa aras air bateri akan menyebabkan tempoh hayat bateri berkurangan dari tempoh sepatutnya.  Aras air bateri sepatutnya mencecah bahagian bawah lubang isian setiap kali isian.

  • Buka penutup untuk memeriksa aras air bateri. Sesetengah bateri memang tidak mempunyai penutup (biasanya bateri bebas-selenggara).
  • Tambah air bateri jika arasnya terlalu rendah. Gunakan corong dan tambah secukupnya. Jangan sampai melimpah keluar.

3. Bersihkan Terminal Bateri

Kena bersihkan terminal bateri rupanya. Ingatkan biar saja sampai tukar yang baru… kahkah. Itulah bila encik suami berleter buat tak tahu lagi. Kalau nak bersihkan pun ada caranya. So, info baru untuk mommy dan korang pun boleh follow cara ni :-

  • Tanggalkan kabel sambungan daripada terminal bateri dan jauhkannya daripada terminal bateri.
  • Bersihkan terminal dengan berus dawai dengan bancuhan air dan soda bikarbonat. Gosok perlahan-lahan sehingga bersih daripada kesan garam asid.
  • Jangan menggunakan tukul sewaktu memasang kembali sambungan ke terminal bateri. Longgarkan skru sambungan untuk memudahkan pemasangan kembali.

4. Sapu Gris Tahan Panas

Walaupun ianya di saluti plumbum atau tembaga, ianya masih boleh menjadi karat. Jadi, langkah terbaik untuk mengelak terminal bateri menjadi karat atau terhakis, adalah dengan menyapu gris tahan panas.

5. Periksa Voltan Bateri

Yang ini boleh di lakukan ketika menghantar kereta untuk servis ataupun diselenggara, pastikan voltan bateri diperiksa sekali oleh mekanik. Mereka biasanya mempunyai peralatan khusus untuk memeriksa voltan bateri. Bergantung pada saiz dan jenis bateri, bateri bercas penuh biasa mempunyai bacaan 12.5 ke 12.6 volt.Pastikan bateri anda mempunyai cas penuh sebelum diuji. Kadangkala, alat penguji bateri akan  memberi bacaan “Bad Battery” jika bateri yang diuji tidak mampunyai cas penuh, walaupun bateri tersebut dalam keadaan baik.

6. Periksa Penebat Bateri Jika Ada

Tak pasti pula dekat kereta mommy ada atau tak? Hahaha… Nasib baik adik Bateriku.Com ini tunjuk. Akak pun tak tahu tu benda apa. Rupanya penebat bateri berfungsi untuk melindungi bateri daripada kepanasan melampau, sekaligus mengeringkan cecair bateri dengan cepat. Penebat ini mesti ada ditempatnya dan dalam keadaan baik.

7. Periksa Bateri Setiap 5,000 Kilometer

Cara terbaik untuk memelihara bateri kereta anda ialah dengan memastikan ianya diperiksa dan diuji setiap 5,000 kilometer ataupun 3 bulan sekali oleh juruteknik yang berpengalaman. Ini kerana bateri kereta merupakan komponen paling penting di dalam kenderaan. Jadi, sewajarnya diberi perhatian yang serius. Harganya yang mahal juga bererti anda terpaksa mengeluarkan wang yang lebih jika ia meninggal sebelum waktunya.

Terima kasih adik Bateriku.Com. Mommy akan cuba praktikkan tips-tips yang di beri. Bukan senang rupanya nak jaga bateri kereta tapi bila di jaga dengan elok, ia dapat mengurangkan kos maintenance kereta dan kereta pun tak akan tersadai di tempat parking. hihi.Bateriku.Com menjadi pilihan mommy kerana ia menawarkan PERCUMA – Penghantaran, Pemeriksaan, Pemasangan. Selain itu jika bukan masalah bateri, kita TIDAK PERLU BELI bateri tersebut. Macam case mommy ni… Mommy tak perlu bayar apa-apapun sebab memang dah ada air bateri dalam simpanan. Puas hati sangat!

Antara maklumat lain yang mommy perolehi ketika sesi sembang tersebut, Bateriku.Com mempunyai bengkel di Bagan Ajam di mana terdapat 3 staff tetap dan 1 freelance. Mereka beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 12 tengahmalam. Berkenaan waktu atau tempoh yang di janjikan untuk sampai kepada pelanggan adalah di antara 30 minit sehingga 1 jam. Tempoh ini bergantung juga kepada traffik dan jarak tempat tersebut.

Bateriku.Com yang tiba di tempat pelanggan membawa peralatan lengkap untuk memeriksa bateri, 2 jenis bateri, jumper dan lain-lain peralatan. Jadi, tak hairanlah jika mereka dapat mengetahui masalah pelanggan dalam tempoh yang cepat.Walaupun ini kali pertama mommy menggunakan perkhidmatan Bateriku.Com, mommy merasakan sangat puashati, yakin dan selamat. Tahniah mommy ucapkan kepada Bateriku.Com atas perkhidmatan yang sangat baik, cekap dan memahami kehendak pelanggan.

 Jadi jangan ragu-ragu menggunakan Bateriku.Com. Gerenti korang pun berpuashati…. So, kalau korang ada masalah tak boleh nak start atau hidupkan kereta macam mommy, bolehlah hubungi Bateriku.Com di contact number di bawah ataupun dengan men ‘download’ applikasi Bateriku.Com di Google playstore ataupun Apple store.

Website: http://www. bateriku.comCall : 1-300-22-2324Whatsapp : 012-245 8027Email : customersupport@bateriku.com

Dipetik dari: Yatizul.com Blog

KERETA PROBLEM? BATERI KERETA KONG? JANGAN RISAU BATERIKU.COM AKAN BANTU ANDA!

Salam dan Hai semua,

Kereta Problem? Bateri kereta Kong? Jangan risau Bateriku.com akan bantu anda!

Korang pernah tak berada dalam keadaan di mana anda pandu kereta anda ke pejabat, mall, balik kampung, di kawasan rumah ataupun mana-mana sahaja, tiba-tiba kereta anda bermasalah tak boleh start. Anda mula dah gelabah dan risau bukan? Selalunya masalah kereta tak boleh start berpunca dari masalah bateri ataupun kita sebut bateri kong!

Mulalah tangan nak hubungi sana sini panggil semua ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat untuk tolong kita. Ataupun minta pertolongan kereta yang ada jumper untuk jump kereta anda. Masalahnya bukan semua kereta mempunyai jumper bukan.

Ataupun kita akan hubungi mekanik ataupun bengkel yang terdekat untuk membantu anda. Kadang-kadang anda perlu kuatir bahawa risiko anda ditipu sangat tinggi. Dimana anda di berada dalam keadaan susah kereta rosak tetapi anda terdesak dengan pujuk rayu mekanik ataupun bengkel. Anda akan terpaksa bayaran yang lebih tinggi dari biasa.

Di sini, Lia nak berkongsi pengalaman menggunakan servis Bateriku.com minggu lepas. Anda perlu hubungi dan memberikan maklumat dengan tepat lokasi kerosakan kereta anda, punca kerosakan kereta anda, jenis bateri dan jenis kereta. Pihak Bateriku.com akan datang secepat mungkin untuk membantu anda. Setelah pihak Bateriku.com tiba di lokasi anda, mereka akan meminta anda membuka bonet depan dan menyemak bateri, plat, air radiator dan alternator.

Jika anda mempunyai masalah seperti kereta yang dibiarkan lama parking, pemeriksaan lebih terperinci akan dibuat seperti minyak hitam, air wiper dan lain-lain lagi.

Jika voltage bateri kereta akan bawah 12 V, anda perlu tukar bateri kereta anda. Plat kereta pula kena ada 265A ke atas.Untuk kereta Lia, Voltage bateri masih tahap selamat iaitu 12.72V dan plat pula cukup-cukup makan 255A.
Jika bateri kereta masih boleh digunakan, pihak bateriku.com akan memberitahu anda. Jadi anda tidak perlu tukar. Pihak mereka akan memberi penerangan terperinci selepas pemeriksaan.

Bateriku.com kini akan membantu anda. Hubungi sahaja nombor atas talian yang tertera di atas. Mereka akan membantu anda tak kira di mana anda berada.

Jika di Pulau Pinang, mereka berpusat di Bagan Ajam, Seberang Jaya tetapi mereka meliputi satu Pulau Pinang termasuk pulau dan mainland. Mereka juga mempunyai dealer jika terdapat kekurangan kakitangan yang sibuk melayan pelanggan.

Apakah Bateriku.com?

Bateriku.com melancarkan perkhidmatan baru dimana mereka hantar bateri ke langkah pintu anda dengan pemasangan. Dan pemasangan adalah percuma!. Pada harga yang berpatutan dan munasabah. anda dapat menjimatkan masa dan tenaga anda untuk pergi ke kedai bateri berhampiran dengan anda. dan ia amat memudahkan pengguna yang mengalami masalah bateri ketika berada di luar rumah contohnya seperti office parking lot. dengan bantuan pakar teknikal kami ( terlatih) anda tak perlu mengotorkan tangan anda untuk menukar bateri. penukaran dan pemasangan bateri akan dilakukan sepenuhnya oleh kami.

Anda pengguna smart phone bukan? 

Anda juga kini boleh menggunakan khidmat Bateriku.com dengan memuat turun aplikasi di telefon bimbit anda. Mudah bukan?

Negeri/ Bandar  yang terlibat dengan Bateriku.com?

Kangar, Alor Setar, Georgetown, Ipoh, Shah Alam, Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Bandaraya Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terangganu & Kota Bharu.

Servis Bateriku.com meliputi Semenanjung Malaysia, jadi tiada masalah jika berlaku kerosakan di mana-mana-mana sahaja.

Waktu Operasi ?

8 pagi hingga 12 malam.Dibuka setiap hari dan kecuali Hari Raya Aidilfitri

Tempoh Masa menunggu Bateriku.com?30 minit hingga 1 jam 30 minit. Bergantung kepada trafik jalan raya.

Tempoh Masa membaiki kerosakan kereta anda?30 minit hingga 1 jam 30 minit. Bergantung kepada kerosakan dan jenis kereta anda.

Masalah kerosakkan yang kerap dialami?

Minor kerosakan seperti bateri, starter & radiator. Jika major kerosakan mereka akan mengemukakan panel bengkel dan towing car.

Bateri yang digunakan?Bateri yang digunakan hanya 2 jenis sahaja iaitu Amaron & Century.

Kos membaiki kerosakan kereta anda?Bergantung kepada panel
mengikut jenis bateri kereta yang anda digunakan
Penghantaran, diagnosis dan pemasangan percuma, Anda hanya perlu bayar harga bateri sahaja.
NS40Z/L
MYR185.00 * – Century Marathoner MF 12 month warranty
MYR195.00 * – Amaron Go MF Promotion 18 month warrantyCara pembayaran?

Boleh dibayar secara CASH atau pun menggunakan Online Banking/Bank Transfer ataupun Kad Debit/Kad Kredit.

Mengapa Pilih Bateriku.Com?

  • Kami melakukan penghantaran, diagnosis dan pemasangan percuma
  • Bayar hanya harga bateri yang baru dipasang
  • Kawasan liputan besar kami – Lembah Klang & Shah Alam dan tempat-tempat lain di Malaysia
  • 7:00 pagi hingga 1:00 pagi 365 hari setahun
  • Bilangan Juruteknik Bergerak dan Krew
  • Lebih daripada 100,000 pelanggan yang berpuas hati
  • Penghantaran ke lokasi kejadian anda, pejabat atau bahkan ke depan pintu anda dan sebagainya.
  • Kami menawarkan banyak bateri berkualiti pada harga yang berpatutan
  • Kami menyediakan floating battery semasa memeriksa bateri lama anda

Sila berhati-hati juga ada segelintir yang pihak yang mengaku mereka juga dari pihak Bateriku.com
Ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Bateriku.com untuk menjual servis mereka.Kakitangan dari Bateriku.com akan membawa van, kereta atau motor berlabel Bateriku.com dan akan memakai lengkap bersama vest setiap kali melakukan pemeriksaan.Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi mereka di :Talian :1300-22-2324 (Toll Free)+6012 245 8027 (WhatsApp Only)Alamat :No 17, Blok G, Jalan Saujana Indah U2/10, Taman Perindustrian Saujana Indah, TTDI Jaya, Seksyen U2, Shah Alam, MalaysiaLaman web : http://www.bateriku.com/Facebook : Bateriku.comInstagram : @baterikudotcomDipetik dari: Liahasty.com Blog

5 Perkara Penting Tentang Bateri Kereta yang Perlu Anda Tahu

BATERI kereta berfungsi membekalkan arus elektrik untuk menghidupkan enjin. Bateri kereta turut menyimpan muatan elektrik untuk digunakan semasa enjin tidak beroperasi. Bateri dianggap sebagai alat penting dalam peraturan sistem elektrik kenderaan. Anggap saja seperti paru-paru yang menjadi organ penting dalam sistem pernafasan.

Asasnya, binaan bateri terdiri daripada dua bahagian logam yang direndam dalam asid. Tindak balas kimia antara plat bateri (logam) menghasilkan asid-plumbum yang dikenali sebagai bateri asid-plumbum.

Binaan bateri terbahagi kepada jenis lazim dan bebas senggara, sama ada cas basah atau kering. Bagi mendapatkan kuasa bateri yang tahan lama, penyenggaraan perlu dilakukan daripada semasa ke semasa seperti memeriksa aras elektrolit, membersihkan endapan karbon di terminal dan kabel sambungan bateri supaya voltan dapat dialirkan kepada komponen elektrik yang diperlukan semaksimum mungkin.

Bateri yang lemah atau kurang cas perlu dicas untuk menguatkan lagi sel-sel bateri supaya dapat bertahan lama. Berikut ialah kegagalan yang biasa berlaku pada bateri kenderaan:

1. BATERI TERNYAHCAS

  • Terlupa matikan suis lampu.
  • Pintu kereta tidak ditutup rapat.
  • Suis penghidup terbiar menyala (ON) semalaman.
  • Dalam kes begini, jika enjin susah dihidupkan, dapatkan seseorang untuk membantu anda menolak kereta. Masukkan gear tiga dengan suis kunci dalam keadaan ‘ON. Lepaskan brek dan tekan injak pendikit dan enjin dijangka hidup. Sekiranya enjin masih sukar dihidupkan, keluarkan bateri daripada enjin dan cas dengan pengecas bateri.
  • Bateri sudah lama tidak digunakan.
    Kabel bateri harus ditanggalkan daripada terminal jika kenderaan tidak digunakan dalam tempoh seminggu atau lebih. Ini untuk mengelakkan voltan mengalir balik daripada bateri kepada punca bumi, sekali gus melemahkan bateri.
  • Bateri sudah sampai hayat.
    Tiada jalan lain selain menggantikan bateri baru. Gunakan bateri yang sama ampere seperti bateri lama, misalnya N40 atau N50 (kereta biasa). Jika takut tersilap, bawa saja bateri lama itu ke kedai bateri. Anda juga boleh menukar beli (trade-in) bateri lama di kedai bateri pada harga sekitar RM10.

2. BATERI TIDAK DAPAT SIMPAN CAS LAMA

  • Sukatan nisbah asid sulfurik dan air suling tidak tepat.
    Kandungan air terlalu banyak, atau nisbah asid sulfurik dengan air suling tidak tepat. Situasi ini mampu menyebablan cas tidak dapat disimpan lama. Caranya, keluarkan semua cecair daripada bateri hingga kering dan gantikan dengan elektrolit (campuran asid sulfurik + air suling) sedia ada di kedai bateri.
  • Sel-sel bateri sudah reput.
    Gantikan dengan bateri baru yang sama saiz seperti asal.

3. BATERI SENTIASA PERLU TAMBAH AIR

  • Bateri yang sentiasa perlu ditambah air menunjukkan kemungkinan berlaku cas berlebihan kerana pengatur voltan dilaras terlalu tinggi. Jika berlaku, periksa jumlah voltan cas daripada pengatur voltan dengan meter voltan.

4. PLAT BATERI BENGKOK

  • Sekiranya bateri dicas pada kadar tinggi dan pada masa berlebihan, haba yang terjana boleh menyebabkan plat bengkok. Kadangkala cecair elektrolit yang tidak mencukupi semasa bateri dicas juga menjadikan plat bateri bengkok kerana terlalu panas. Pastikan aras elektrolit diperiksa atau air suling ditambah sebelum mencapai paras yang mencukupi bateri dicas.

5. ELEKTROLIT BERUBAH WARNA

  • Apabila bateri digunakan dalam tempoh lama, plat dan sel-sel akan berubah bentuk dan struktur. Perubahan ini disebabkan suhu dalam bateri yang sentiasa berubah. Kadangkala, sel-sel akan retak, pecah atau sebahagiannya hancur akibat tindak balas kimia dan ini akan menukarkan warna elektrolit dalam kotak bateri.
  • Anda dinasihatkan supaya menukar saja bateri baharu. Antara tanda-tanda awal bateri anda bermasalah ialah enjin sukar dihidupkan, lampu menyala kurang terang dan komponen elektrik tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan bekalan voltan daripada bateri.

SUMBER: pandulaju.com.my