Bateri Kereta NAK Kong? Ketahui 5 tanda-tanda utama WAJIB yang perlu anda tahu

Bolehkah anda bayangkan saat anda sedang kelam kabut untuk bergerak ke tempat kerja, tiba-tiba enjin kereta tidak boleh dihidupkan? Rupa-rupanya bateri kereta sudah habis, atau dalam perkataan lainnya, bateri kereta kong! Pasti anda akan berasa sangat panik dan tertekan, bukan? 

Jadi, anda seharusnya membuat persediaan untuk menghadapi waktu-waktu kecemasan sebegini. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mesti anda tertanya-tanya apakah tanda yang menunjukkan bateri kereta akan kong?

Dalam post kali ini, kami akan memberitahu 5  tanda-tanda awal bateri kong  supaya anda boleh bersedia dan melakukan perkara yang sepatutnya dengan lebih awal. Jadi, pastikan anda terus  membaca!

Seperti yang kita sedia maklum, terdapat dua jenis bateri kereta iaitu bateri basah dan bateri kering. Kedua-duanya mempunyai jangka hayat yang sama iaitu dalam tempoh setahun ke dua tahun. Dan jika anda bernasib baik, bateri itu boleh digunakan sehingga tiga tahun!

Jadi, apakah perbezaan kedua-dua jenis bateri ini? Bezanya adalah bateri basah lebih murah berbanding bateri kering. Akan tetapi, bateri basah memerlukan penjagaan yang rapi. Jika anda kerap menggunakan kereta, anda disarankan untuk memeriksanya setiap hari.

Manakala, walaupun bateri kering sedikit mahal harganya, ianya tidak memerlukan sebarang penjagaan langsung. Selepas pasang, anda hanya perlu tunggu ia memberi tanda hendak kong, barulah anda perlu menukarkannya kepada yang baru.

Sekiranya anda bukan seorang yang rajin untuk melakukan pemeriksaan setiap hari, kami sarankan anda untuk memakai bateri kering. Di bawah kami senaraikan 5 tanda bateri kereta kong:-

  1. Kereta susah untuk dihidupkan (start)

Pada kebiasaannya, enjin kereta hanya memerlukan 3-5 saat sahaja untuk dihidupkan di pagi hari. Akan tetapi, jika ia hampir kong, atau rosak, ia memakan masa lebih sedikit sehingga 7-8 saat dimana anda perlu membuat ‘cranking’ beberapa kali sebelum enjin dapat dihidupkan

Ha, kalau hendak tahu, Ini sebenarnya hint yang paling jelas bahawa bateri anda semakin lemah. Sudah tiba masanya untuk anda menggantikannya. 

Tapi, ada sesetengah orang tidak mengendahkannya langsung. Kesannya, ramai orang mulai panik dan kelam kabut di pagi hari lebih-lebih lagi jika mereka terlewat untuk ke mesyuarat penting.

  1. Lampu kereta malap

Pernahkah anda membawa kereta di malam hari dan tiba-tiba anda rasa lampu kereta  anda sudah malap? Sekiranya ya, anda sudah boleh menukarkan bateri kereta anda. Kerana itu adalah petanda bahawa bateri anda sudah tidak mampu lagi untuk membekalkan tenaga kepada lampu tersebut.

Tetapi, bagi pemilik kenderaan yang duduk di bandar, isyarat ini amat susah untuk diperhatikan kerana suasananya yang terang akan membataskan pemerhatian anda.

  1. Lampu amaran timbul

Di hospital, sekiranya seseorang pesakit itu sudah berada dalam keadaan kritikal, penggera kecemasan akan berbunyi untuk memberitahu kepada doktor. 

Hal ini sama seperti kereta apabila lampu amaran akan timbul jika bateri berada di tahap kritikal akibat tidak mampu menyimpan caj, atau bateri tidak dicaj dengan baik. Jadi, ini jelas menunjukkan bahawa anda perlu melakukan ‘pembedahan’ bagi menggantikan bateri untuk menyelamatkan ‘nyawa’ kereta anda. 

  1. Bau busuk keluar daripada bateri

Jika bateri tidak di selenggara dengan baik, ia akan mengakibatkan berlaku litar pintas kepada bateri anda. Hal ini menyebabkan kebocoran asid sulfurik dan akan melepaskan gas yang berbau busuk seperti bau telur busuk.

Jadi, selepas ini, jika anda bau telur busuk dalam kereta, jangan terus memarahi anak kecil anda sebaliknya terus buka tingkap untuk menolak bau itu keluar. Jika masih berbau juga, pastikan anda memeriksa bateri anda secepat mungkin untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

  1. Kotak bateri membengkak

Pernahkah anda melihat kotak bateri membengkak? Ha, jika anda pernah melihat keadaan ini, pasti anda sudah pun menukar kepada bateri yang baharu. Kotak bateri boleh membengkak sekiranya ia terdedah kepada suhu yang sangat panas.

Walaupun masih boleh dihidupkan, anda perlulah segera untuk menukarnya kerana bateri anda sudah pun rosak dan jangka hayat sudah tidak lama lagi.

Sangat mudah sebenarnya untuk mengetahui tanda-tanda bateri kereta hampir kong. Cuma kita perlulah lebih peka dan sensitif untuk memerhatikan simptom-simptom ini.

Jika kita bersikap sambil lewa, bukan hanya bateri sahaja rosak, bahkan kompenan-kompenan lain turut akan terkesan juga.Sudah tentunya jika bateri kereta kong dan anda perlukan penukaran segera, anda boleh terus pergi ke Bateriku.com untuk mendapatkan servis penukaran bateri kereta dengan pantas dan pada harga yang berpatutan.