SEDIA maklum, Proton sudah menafikan dakwaan jumper bateri pada kereta keluarannya akan menyebabkan kerosakkan pada pada Unit Kawalan Transmisi (TCU).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan sebelum ini, Proton menegaskan kesemua model kenderaannya boleh melakukan jumper tanpa mendatangkan sebarang masalah.

Walau bagaimana, Proton turut menasihati pemilik Proton supaya merujuk buku panduan sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan.

Berikut Proton sediakan cara-cara untuk melakukan jumper bateri dengan betul dan selamat;

1. Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel ‘jumper‟ boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain.

2. Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang ingin dibantu. Sekiranya anda masih degil, ia akan menyebabkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.

3. Gunakan kabel jumper dengan pengapit bateri berpenebat.

4. Kenderaan mestilah berada dalam keadaan “P” (PARK) untuk transmisi automatik dan “N” (NEUTRAL) untuk transmisi manual.

5. Jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal dan sebaliknya kerana ia boleh menyebabkan bateri meletup.

6. Sambungkan kabel pada terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta terjejas. Akan tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, dan BUKAN di terminal (-).

7. Setelah enjin berjaya dihidupkan, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit.

8. Buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.

Untuk itu, abaikan gambar penyebaran palsu berkenaan dan sebarkan kepada rakan-rakan cara jumper bateri dengan betul.

SUMBER: pandulaju.com.my