Tips Pemilihan Bateri Kereta dan Cara Tukar Bateri Kereta

Terlalu banyak jenis bateri kereta sehingga anda tidak tahu untuk beli yang mana satu? Selepas beli bagaimana pula cara tukar bateri kereta? 

Jangan risau! Dalam artikel kali ini kami akan membantu anda untuk menjawab persoalan-persoalan yang bermain di fikiran anda. Jadi, teruskan membaca sehingga penghujungnya, kami pasti anda akan mendapat manfaatnya.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai jenis dan jenama untuk bateri kereta. Jadi, apabila kita hendak tukar bateri kereta yang baru, anda sepatutnya melakukan sedikit penyelidikan berkaitan tentang latar belakang dan juga tahap kesesuaian bateri terhadap kereta anda.

Untuk itu, kami menyarankan anda meneliti perkara-perkara yang menjadi keutamaan di dalam pemilihan bateri kereta. Antaranya adalah ialah, saiz bateri, jenis terminal dan “Amp Hour” atau kapasiti yang sesuai mengikut keperluan kenderaan anda.

Sebenarnya, pemilihan saiz bateri yang sesuai memainkan peranan yang sangat penting. Tidak semua kereta mempunyai saiz bateri yang sama. Contohnya bateri kereta Perodua Kancil adalah semestinya lebih kecil berbanding dengan Toyota Vellfire.  

Jadi, cuba anda bayangkan jika bateri kereta Toyota Vellfire di masukkan ke dalam kereta kancil, apakah yang akan berlaku? Sudah tentu bateri itu tidak padan  dengan dulang bateri dan   melebihi kapasiti yang diperlukan. 

Sebenarnya, jika bateri itu terlebih “Amp Hour” atau kapasiti, ia tidak akan merosakkan kenderaan anda. Namun begitu, bateri yang lebih besar akan menyebabkan bateri tidak muat untuk ditempatkan didalam tapak bateri yang telah disediakan oleh pihak pengilang kenderaan yang mana akan menyebabkan kondisi bateri tersebut tidak kemas dan boleh menyebabkan kerosakan kepada bateri lebih cepat akibat daripada bergoyang dan pelanggaran dengan komponen lain sewaktu kenderaan sedang bergerak. Sekiranya baterinya lebih besar dan berat akan membuatkan sesebuah kereta menjadi lebih berat dan tidak mampu untuk  mencapai kelajuan maksimumnya.

Jenis bateri kereta terbahagi kepada dua kelas utama iaitu:

  1. Perlu Penyelenggaraan (Non-Maintenance Free (NMF))

Juga dikenali sebagai bateri basah ataupun sel basah. Merupakan sejenis bateri yang menggunakan air bateri untuk mendapatkan kuasa. Pada kebiasaannya, bateri ini mempunyai jangka hayat sehingga dua tahun. Namun, jika anda menjaganya dengan betul dan rapi, bateri ini mampu bertahan sehingga tiga tahun. 

Ramai yang bertanya, bilakah perlu untuk mengisi semula air bateri ini? Sebenarnya ini bergantung kepada kekerapan anda menggunakan kereta anda. Sekiranya anda menggunakan kereta anda setiap hari, adalah perlu untuk anda memeriksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Namun, jika anda jarang menggunakannya, kami sarankan untuk anda memeriksa setiap dua minggu sekali. Jangan lupa untuk menambah air bateri sehingga menepati paras yang ada pada badan bateri itu. Dan yang paling penting, air bateri tidak boleh kurang ataupun lebih dari paras yang telah ditetapkan.

  1. Bebas Penyelenggaraan (Maintenance Free (MF) / Sealed Maintenance Free (SMF))

Bateri bebas penyelenggaraan atau lebih dikenali sebagai bateri kering ataupun sel kering tidak memerlukan sebarang penjagaan sama seperti namanya. Anda tidak perlu untuk menambah air bateri seperti bateri basah atau memeriksa paras air bateri kerana itu ialah bateri kering.

Anda hanya perlu sehingga bateri kong atau rosak barulah anda perlu tukar kepada bateri kereta yang baharu. Untuk jangka hayat pula, pada kebiasaannya bateri kereta kering ini adalah setahun ke dua tahun bergantung kepada kekerapan penggunaannya.

Kepada yang sentiasa sibuk dan terkejar kesana dan kesini, kami mencadangkan anda untuk menggunakan bateri kering. Sudah menjadi lumrah, setiap kelebihan semestinya datang dengan harga yang lebih mahal jika dibandingkan dengan bateri basah.  Tapi kalau tanya kami, anggaplah bayaran lebih ini sebagai pelaburan anda kerana ianya jauh lebih menyenangkan berbanding dengan bateri basah. Seterusnya, kami akan memberi panduan cara yang betul untuk tukar bateri kereta yang baru. “Alah, senang je tu.” Ha, ia memang kelihatan mudah. Akan tetapi, jaga-jaga, kalau anda tersilap cara, ia akan mengakibatkan litar pintas yang boleh menyebabkan kerosakan kepada  ecm/ecu kereta rosak. Lagi lah banyak nak kena keluar modal kalau keadaan ini terjadi. Anda boleh mula dengan membuka cable clamp di terminal negatif bateri terlebih dahaulu. Jika anda tidak tahu, terminal negatif adalah kabel yang berwarna hitam yang bersambung pada bateri. 

Seterusnya, buka cable clamp di terminal positif bateri. Kemudian, bersihkan cable clamp daripada kotoran-kotoran atau habuk yang melekat padanya. Untuk memudahkan kerja pembersihan , anda boleh menggunakan berus dawai.

Selepas itu, barulah anda membuka bateri holder untuk menggantikan bateri lama dengan bateri baru.

Untuk kerja pemasangan kabel, anda perlu memulakan dengan kabel di terminal positif terlebih dahulu sebelum memasang di terminal negatif. Sekiranya anda melihat percikan api kecil ketika anda memasang kabel, jangan risau, itu adalah perkara normal. 

Apa yang paling penting ialah pastikan wayar clamp itu ketat dan dipasang dengan rapi. Setelah itu barulah pasang semula bateri holder. Sangat mudah! Sudah tentunya jika bateri kereta kong dan anda perlukan penukaran segera, anda boleh terus pergi ke Bateriku.com untuk mendapatkan servis penukaran bateri kereta dengan pantas dan pada harga yang berpatutan.